TimeTec has merged all of its solutions into www.timeteccloud.com, click to
 
Beralih Ke Sistem Kedatangan Kakitangan Teknologi Awan Untuk Mengurus Kakitangan Dengan Cemerlang
Sistem Kedatangan Kakitangan telah wujud sejak dahulu lagi di mana pekerja perlu merekodkan masa kedatangan masing-masing. Ada yang menggunakan cara manual seperti menulis di dalam buku log, ada yang menggunakan kad ketik, yang terbaru seperti sistem biometrik dan banyak lagi. Tujuan data masa ini direkodkan ialah untuk sesuatu entiti perniagaan menguruskan penyediaan gaji di samping menilai produktiviti dan disiplin para kakitangan. Terbaru ialah Sistem Kedatangan Kakitangan Awan seperti Perisian TimeTec TA yang bukan sahaja merekodkan masa kedatangan melalui pelbagai cara, ianya juga memberi pengguna akses kepada data bila-bila masa diperlukan.
Fahami 7 faktor utama mengapa Sistem Kedatangan Kakitangan Awan perlu menjadi pilihan perniagaan anda!
1. Data Tersedia Apabila Anda Memerlukannya
Sesetengah sinis berpendapat bahawa penyelesaian awan bukanlah benda baru; bukan lagi sesuatu yang mengujakan. Penyelesaian awan memang bukan perkara baru tetapi ia menawarkan kemudahan yang tidak terdapat pada perisian Windows atau penyelesaian konvensional. Pemusatan data adalah kunci kepada kecekapan, dan tentu sekali anda mahu data tersedia apabila anda membuka komputer riba anda dan apabila anda mengakses telefon pintar anda, dan TimeTec TA menawarkan kelebihan ini.
2. Merekod Masa Kedatangan Di Mana-Mana
Dunia hari ini bergerak pantas, seseorang pekerja boleh bertugas dari rumah dan beliau juga boleh berada jauh dari pejabat dan masih bekerja. Pejabat bukanlah ruang kerja utama abad ini. Sistem Kedatangan Kakitangan Awan seperti TimeTec TA menyediakan pengguna dengan pelbagai pilihan untuk merekod masa dengan mudah. Aplikasi TimeTec TA di telefon pintar anda menawarkan cara merekod masa dari GPS ke NFC dan Beacon, dan bagi kakitangan yang sentiasa berada di pejabat, sistem biometrik dan jam komputer boleh dihubungkan ke TimeTec TA dengan mudah.
3. Satu Penyelesaian Untuk Semua
Keperluan sesebuah organisasi berubah mengikut perkembangan atau penyusutan syarikat. Sistem Kedatangan Kakitangan Awan seperti TimeTec TA memenuhi syarat itu dengan menawarkan sistem berskala. Anda hanya perlu melanggan apa yang perlu dan tambah pengguna mengikut perkembangan syarikat dan sebaliknya. Anda tidak perlu melabur untuk perkakasan dan infrastruktur dalam melanggan penyelesaian awan dan ini sangat memudahkan perniagaan anda membuat keputusan.
4. Ketelusan ialah Polisi Terbaik
Akses kepada data di banyak syarikat selalunya berat sebelah di mana hanya pihak syarikat yang mempunyai akses kepada maklumat anda manakala pengguna atau pekerja tidak diambilkira. Sistem Kedatangan Kakitangan Awan seperti TimeTec TA memberikan anda data peribadi dan data kakitangan anda pada setiap masa untuk membolehkan anda mengawasi prestasi keseluruhan, mencari penyelesaian dan membetulkan kesilapan untuk operasi yang lebih cemerlang. Apabila pekerja boleh akses kepada data masa mereka sendiri, ianya akan memberikan mereka semangat untuk bertugas dan mempertingkat kebolehpercayaan pekerja.
5. Kehilangan Data Bukan Lagi Masalah
Dengan menggunakan Sistem Kedatangan Kakitangan Awan seperti TimeTec TA, kehilangan data merupakan cerita dongeng yang tidak perlu dirisaukan. Untuk TimeTec TA, data disimpan dengan selamat di sekurang-kurangnya dua pelayan, menjamin ketersediaan data pada setiap masa dan memberikan kemudahan yang terbaik untuk pengguna.
6. Penjimatan Masa & Wang
Tidak seperti sistem konvensional di mana anda perlu tabulasi data kehadiran, lakukan konfigurasi melalui PC yang berbeza tanpa bimbingan dan sokongan, Sistem Kedatangan Kakitangan Awan seperti TimeTec TA menjadikannya mudah dengan konfigurasi dan tetapan terpusat yang boleh diguna pakai untuk banyak cabang. Tabulasi dan analisis data juga boleh diperoleh dengan mudah melalui penyelesaian dalam talian ini.
7. Penjagaan Alam Sekitar
Cloud attendance like TimeTec TA is good for the environment. Providing flexibility in clocking methods, staffs do not need to travel back and forth to the office space to clock out, as he or she can do it from a mobile phone and the company still receives genuine attendance data. Cloud attendance also lessens the use of paper and pen because everything is handled electronically.
Buka akaun dengan TimeTec TA dan alami kemudahan Kehadiran Awan.
 
Klik pautan ini untuk maklumat lanjut. Aplikasi TimeTec TA disediakan secara percuma di platform Android dan iOS apabila anda melanggan dengan TimeTec TA. Pertanyaan lanjut, hubungi kami di 017-3601882 (Kartina/Alaric).