TimeTec has merged all of its solutions into www.timeteccloud.com, click to
FAQ - KEMBALI UNTUK BEKERJA SELAMAT

  Q 1. Mengapa anda menyimpulkan bahawa TimeTec TA lebih selamat berbanding sistem kedatangan lain?
  A TimeTec TA mempunyai Aplikasi mudah alih yang boleh dipasang di dalam telefon pintar. Ini sahaja mengurangkan peluang pencemaran silang kerana telefon anda ialah milik peribadi dan kami merasakan anda tidak berkongsi telefon anda dengan orang lain. Berbanding peranti kedatangan lain seperti cap jari, TimeTec TA tentu sekali lebih selamat
  Q 2. Apakah perbezaan di antara sistem TimeTec TA dan aplikasi kerajaan Malaysia seperti Gerak Malaysia, MySejahtera dan MyTrace?
  A Ketiga-tiga aplikasi kerajaan ini mempunyai fungsi masing-masing dan ciri yang ringkas untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19. MySejahtera ialah untuk individu menghantar pengisytiharan kesihatan, Gerak Malaysia ialah untuk permohonan pergerakan dan kawalan ketika dalam PKP, dan aplikasi MyTrace memudahkan pengenalan mereka yang rapat dengan pesakit Covid-19. TimeTec TA pula ialah aplikasi yang bermotivasikan perniagaan. Ianya sistem pengurusan kedatangan berteknologi awan, dengan modul komprehensif untuk merekod suhu badan pekerja dan rekod kesihatan. Ia juga boleh menjejak lokasi pekerja yang bekerja di luar serta siapa mereka temui setiap hari untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19. Apabila krisis Covid-19 ini tamat, sistem kerajaan akan dilupuskan, manakala sistem TimeTec TA akan terus memberikan faedah kepada pemilik perniagaan dan melicinkan pelbagai aspek operasi harian, dan ianya perlu dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada proses transformasi digital syarikat anda.
Produk TimeTec TA TimeTec VMS MySejahtera Gerak Malaysia MyTrace SELangkah (Negeri Selangor)
Objektif Untuk mencatat kehadiran staf lengkap dengan pemantauan kesihatan dan penjejak kontak yang dekat Untuk menguruskan pengunjung ke premis yang lengkap dengan pemeriksaan kesihatan dan penjejak kontak yang dekat Bagi individu untuk mengemukakan perisytiharan kesihatan Bagi individu untuk mengemukakan permohonan dan kawalan pergerakan semasa tempoh lockdown Untuk mengenal pasti orang yang dekat dengan orang yang dijangkiti Agar kerajaan negeri dapat mengesan hubungan rapat sekiranya kes Covid-19 yang disahkan
Sesuai untuk Syarikat Syarikat Individu Individu Individu Syarikat
App App Kod QR atau App App App App Kod QR
Ciri-ciri Sistem kehadiran yang fleksibel & menyeluruh Sistem pengurusan pelawat yang fleksibel & komprehensif Tujuan tunggal dengan ciri terhad Tujuan tunggal dengan ciri terhad Tujuan tunggal dengan ciri terhad Tujuan tunggal dengan ciri terhad
Kegunaan selepas Covid-19 Ya Ya Tidak Tidak Tidak Tidak
Nilai tambah untuk proses perniagaan Ya Ya Tidak Tidak Tidak Tidak
Pemilikan Data Pemilik Perniagaan (Penyerahan data kepada pihak berkuasa apabila diperlukan) Pemilik Perniagaan (Penyerahan data kepada pihak berkuasa apabila diperlukan) Kerajaan Kerajaan Kerajaan Kerajaan
Privasi PDPA PDPA PDPA PDPA PDPA PDPA
Keselamatan ISO27001 ISO27001 Tidak didedahkan Tidak didedahkan Tidak didedahkan Tidak didedahkan
Patuh peraturan / Keberkesanan Ya/Ya Ya/Ya Bermotivasi secara individu / Tidak diketahui Bermotivasi secara individu / Tidak diketahui Bermotivasi secara individu / Tidak diketahui Ya/Tidak diketahui
Business Digital Transformation Ya Ya Tidak Tidak Tidak Tidak
     
  Q 3. Apakah peranti tanpa sentuh yang sesuai dengan TimeTec TA dan selamat digunapakai di pejabat ketika Covid-19?
  A Di samping telefon pintar peribadi, peranti pengesahan wajah FingerTec seperti Face ID 4 dan QF Plus juga sesuai dengan TimeTec TA. Dapatkan model yang lain di pautan di bawah:
  Q 4. Adakah produk ini disertakan dengan termometer atau kita perlu membeli sendiri?
  A Produk ini tidak disertakan dengan termometer, anda perlu memberi termometer infrared atau thermal sensor sendiri. Pilihlah termometer yang mempunyai ketepatan tinggi untuk hasil yang lebih tepat. Walaubagaimanapun, TimeTec menawarkan termometer infrared secara PERCUMA jika anda melanggan TimeTec TA untuk tempoh 2 tahun.
  Q 5. Apa akan terjadi jika pekerja didapati demam?
  A Suhu badan mencecah 37.5℃ perlu diberi perhatian. Mereka yang ditugaskan mengambil suhu badan kakitangan perlu memberitahu ketua mereka dan merekod data pekerja ini di dalam TimeTec TA serta-merta. Adalah lebih baik pekerja yang demam tadi disaran pulang ke rumah dan tidak memasuki bangunan pejabat sehingga dia telah mendapatkan rawatan kesihatan dan disahkan bebas daripada Covid-19. Nota: Potongan harga 10% kepada pelanggan TimeTec apabila ujian Covid-10 dilakukan di Doctor2u (BP Lab). Promosi ini sah di Malaysia sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila lihat pautan: Doctor2u
  Q 6. Adakah data suhu badan di dalam TimeTec boleh dimanipulasi untuk mengurangkan kesan perundangan boleh pihak berkuasa?
  A Tidak, data ini tidak boleh diubah sewenang-wenangnya. Data suhu badan yang telah dimasukkan tidak boleh diubah. Data suhu tersebut akan disertakan dengan masa, dan nama individu yang memasukkan data tersebut.
  Q 7. Aplikasi ini menawarkan 4 cara melapor kedatangan: Bolehkan pekerja menggunakan semua atau syarikat perlu menentukan pilihan tersebut?
  A Syarikat berhak menentukan cara melapor kedatangan yang perlu diguna oleh pekerja. Setiap pekerja mungkin tidak menggunakan cara yang sama berdasarkan cara kerja masing-masing. Dan pilihan GPS disertakan dengan pagar geo untuk syarikat menentukan radius di mana kakitangan boleh melapor di dalam kawasan yang dibenarkan.
 
  Q 8. Untuk pekerja luar, bagaimana TimeTec TA membantu mengurangkan penularan Covid-19?
  A Kebolehkesanan sangat penting apabila menguruskan kes positif Covid-19. Di TimeTec TA, pekerja luar perlu melapor kedatangan apabila mereka sampai ke destinasi, dan mereka perlu membutirkan siapa yang mereka jumpa di kolum remark. Semua informasi ini penting untuk memutuskan rantaian jangkitan virus dan ianya berguna di dalam usaha kita memerangi Covid-19
 
  Q 9. Perlukah kami menambah apa-apa bayaran untuk menggunakan aplikasi mudah alih TimeTec TA?
  A Tentu sekali tidak perlu. Aplikasi ini disertakan apabila anda melanggan TimeTec TA.
  Q 10. Adakah Aplikasi ini terdapat dalam semua platform?
  A Ianya ditawarkan di kedua platform, Android dan iOS
  Q 11. Bolehkan setup syarikat dibuat di Aplikasi?
  A Aplikasi merupakan perantara muka untuk melapor kedatangan, pengawasan dan untuk paparan data. Setting am perlu dilakukan di portal web. Walaubagaimanapun, setting untuk mengawasi kelewatan pekerja boleh dilakukan di Aplikasi.
  Q 12. Bolehkan anda terangkan apakah kalkulator tuntutan milage di dalam Aplikasi ini?
  A Kalkulator tuntutan milage merupakan kalkulator jarak di antara lokasi laporan kedatangan di Aplikasi TimeTec TA. Laporan boleh dijana untuk memaparkan jumlah jarak perjalanan dari satu lokasi ke lokasi seterusnya, kerana TimeTec TA mengira jarak berdasarkan data yang diambil dari Google Map. Ciri ini berguna untuk pekerja yang layak untuk membuat tuntutan perjalanan.
  Q 13. Apakah ciri pengawasan dan bagaimanakan ketua syarikat boleh menggunakan untuk menguruskan syarikat?
  A Ketua atau HR boleh memilih beberapa pekerja yang ingin diawasi dengan memasukkan setting parameter di dalam aplikasi TimeTec TA. Mereka akan diberi notifikasi jika pekerja tersebut lewat, bekerja kurang masa dan sebagainya.
  Q 14. Jika separuh dari pekerja bekerja dari rumah, dan sebahagian yang lain beroperasi dari pejabat, bolehkah data keduanya ini digabungkan untuk mendapatkan gambaran lengkap?
  A Boleh. TimeTec TA ialah sistem kedatangan teknologi awan yang memusatkan semua data kedatangan syarikat tidak mengira lokasi pejabat atau loksai pekerja. Ini merupakan faedah utama TimeTec TA, gabungan data daripada semua cara melapor kedatangan dengan analisis kedatangan yang tepat untuk sesebuah syarikat
  Q 15. Bagaimana mudah menggunakan sistem ini?
  A Untuk syarikat yang mempunyai pekerja yang kurang daripada 50 pekerja, setup awal hanya mengambil masa kurang 60 minit. Jika anda mahu menggunakan cara melapor melalui telefon pintar, setup di web diperlukan. Kemudian, pekerja boleh memuat turun Aplikasi di kedai aplikasi dan login ke akaun sendiri untuk mula melapor.
  Q 16.Bolehkah syarikat melakukan semuanya sendiri, DIY?
  A Ya. Panduan setup dan tip disediakan di setiap modul dalam sistem. JIka anda ingin mula melanggan selepas trial, anda boleh melakukannya sendiri tanpa memerlukan bantuan kami! Tetapi jika anda memerlukan bantuan, hubungi support@timeteccloud.com, kami akan membantu.
  Q 17. Apa sistem gaji yang boleh diintegrasi dengan TimeTec TA?
  A Dapatkan senarai sistem gaji yang boleh diintegrasi dengan TimeTec TA. sistem gaji Jika anda tidak terdapat di dalam senarai, jangan bimbang. Hubungi info@timeteccloud.com dan kami akan membantu.
  Q 18. Adakah sistem ini berskala? Jika kami mahu melanggan lebih sekarang, bolehkah kami mengurangkannya di masa hadapan?
  A Boleh. Dengan TimeTec YA, anda boleh menambah bilangan pengguna bila-bila masa. Walaubagaimana pun, mengurangkan jumlah pengguna akan hanya terpakai ketika anda memperbaharui lesen sedia ada.
  Q 19. Di mana untuk membuat pembayaran untuk membeli sistem ini?
  A Anda boleh melanggan ke TimeTec TA dengan membeli lses dari akaun anda. Pembayaran untuk langganan anda dilakukan terus ke TImeTec Cloud Sdn. Bhd. melalui kad kredit, PayPal, TT atau melalui wakil jualan yang sah di seluruh dunia. Polisi Pembayaran
  Q 20. Adakah terdapat sebarang kos pemasangan?
  A Jika anda melakukan pemasangan sendiri, tiada caj tambahan akan dikenakan. Untuk pemasangan sistem yang mudah dengan semua maklumat dan data tersedia untuk tim kami membantu, kos pemasangan juga tidak akan dikenakan. Namun, jika pemasangan diperlukan di seluruh negara meliputi pelbagai cawangan dan masa yang panjang diperlukan dari tim kami untuk menguruskan maklumat dan data yang diberi, yuran pemasangan akan dikenakan mengikut kesesuaian.
  Q 21. Bagaimana pengiraan dilakukan?
  A Harga langganan ialah satu pelanggan sebulan dan dijual berdasarkan seblok lesen untuk 10 pengguna. Sebagai contoh, satu lesen ialah RM5 sebulan, jadi untuk langganan 1 blok, penggiraan ialah 10 pengguna x RM5 x 1 bulan =RM50. Kitaran bil yang ditawarkan ialah 1, 3, 6 dan 12 bulan. Oleh itu, jumlah langganan 3-bulan ialah RM150, 6-bulan ialah RM300, dan setahun ialah RM600 untuk satu blok sepuluh pekerja.
  Q 22. Adakah terdapat faedah tambahan jika kita melanggan lebih lama sebagai contoh 2 tahun?
  A Ya. Ketika krisis Covid-19 ini, kita mempunyai promosi di mana anda layak menerima termometer infrared percuma bernilai RM300 apabila anda melanggan selama 2 tahun. Promosi ini sah di Malaysia sahaja