TimeTec has merged all of its solutions into www.timeteccloud.com, click to
6 Cara
Perisian Awan TimeTec TA Memudahkan Penjadualan Kakitangan
     
  Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat  
Dalam menguruskan perniagaan sama ada restoran, kedai runcit, firma perunding atau kilang, syarikat perlu mengetahui cara menjadualkan pekerja mereka untuk mencapai matlamat operasi yang optimum. Penjadualan pekerja bukan perkara mudah dan ianya boleh memakan masa jika pengurus yang dipertanggungjawabkan tidak mengetahui cara untuk mengendalikannya dengan baik atau lebih buruk lagi jika pengurus ini merosakkan penjadualan kakitangan. Untuk menghasilkan jadual kerja yang baik, bukan sahaja bilangan pekerja itu penting, jenis dan kemahiran pekerja juga perlu dititikberatkan.

Pengurus juga perlu memahami konsep dinamik insan apabila merancang penjadualan pekerja yang berkesan untuk operasi. Sebagai contoh, syarikat mungkin mempunyai bilangan pekerja yang cukup dan betul, tetapi menjadualkan pekerja jenis A dan pekerja jenis B tidak sama dengan meletakkan pekerja A, B dan C untuk menguruskan syif kerja kerana kemahiran pekerja C diperlukan untuk syif kerja tersebut dilaksanakan dengan berkesan. Di samping itu, para pekerja juga dibebani dengan pelbagai faktor lain seperti cuti, ketidakhadiran, pengecualian dan sebagainya yang akan mengganggu perancangan penjadualan perniagaan anda.

Pelbagai jenis penyelesaian telah diperkenalkan ke pasaran sebelum ini untuk membantu syarikat-syarikat dalam perancangan jadual pekerja tetapi setakat ini tiada penyelesaian yang begitu mudah seperti yang disediakan Sistem Kedatangan Kakitangan TimeTec TA.

Ketahui 6 sebab utama mengapa TimeTec TA memudahkan syarikat untuk membuat jadual kerja kakitangan.
1. Aktifkan Sistem Automasi
Sistem Kedatangan Kakitangan TimeTec TA mempromosikan proses automasi di mana anda boleh menganalisis corak jadual perniagaan anda, mengenali kakitangan anda dan merancang jadual untuk dijalankan secara automatik untuk jangka waktu tertentu. Tidak perlu lagi menghabiskan masa yang banyak tiap-tiap bulan untuk membentuk jadual kerja kakitangan. Selain itu, anda juga dapat mengumpulkan pekerja di dalam jadual masing-masing dan membina jadual yang sesuai di sekelilingnya dan jika terdapat kes-kes yang melibatkan satu atau dua orang kakitangan yang tidak hadir, anda akan mengetahui dengan pantas di mana untuk memperoleh kakitangan ganti dan ini akan mengurangkan kepincangan dalam operasi.
2. Pengurusan Dinamik Insan yang Lebih Baik
Perancangan jadual kerja memerlukan gabungan bilangan, kemahiran dan kepakaran kakitangan. Tugas ini ternyata tidak mudah dan dengan memilih perisian seperti TimeTec TA untuk mengendalikan penjadualan perniagaan anda, anda boleh mendapat gambaran jelas tentang kakitangan dan keupayaan khusus mereka. Lantas, anda boleh membuat perancangan jadual dengan berkesan berdasarkan tenaga kerja sedia ada.
3. Pengawalan Kos
Setiap kakitangan mempunyai kos masing-masing dan syarikat tidak disarankan untuk menjadualkan kakitangan tanpa mengetahui kos keseluruhan kepada operasi. Perniagaan perlu mengendalikan kakitangan dengan baik tanpa menambah kos operasi. Mengetahui fakta ini, TimeTec menawarkan Sistem Kedatangan Kakitangan TimeTec TA dengan hanya serendah RM5 sebulan untuk setiap kakitangan. Pelaburan modal yang rendah ini membawa keuntungan yang tinggi dalam jangka masa panjang kerana pelaksanaan TimeTec TA tidak memerlukan syarikat untuk melabur dalam infrastruktur atau perkakasan yang mahal. Data yang didapati dari perisian ini boleh membantu memantau tingkah laku pekerja dan mengatasi kerugian yang disebabkan sikap sikap negatif tersebut.
4. Tentukan Polisi Sesuai Untuk Operasi Yang Lebih Baik
Dengan menggunakan Sistem Kedatangan Kakitangan TimeTec TA, syarikat dengan mudah boleh menentukan polisi-polisi yang membuatkan pengendalian jadual mereka lebih terurus. Sebagai contoh, syarikat tidak membenarkan sesiapa untuk menukar syif sehari sebelum syif bermula. Apabila semua kakitangan maklum tentang polisi syarikat, mereka akan mematuhi dan ini akan memudahkan pengendalian penjadualan.
5. Elakkan Jadual Tidak Seimbang
Perkara yang tidak diingini syarikat selain tidak cukup kakitangan ialah terlebih bilangan kakitangan. Oleh itu, adalah penting bagi sesebuah perniagaan untuk menguruskan jadual tepat dengan kos yang betul untuk mengelakkan syarikat daripada menanggung perbelanjaan yang tidak sepatutnya. Sistem Kedatangan Kakitangan TimeTec TA menawarkan jenis-jenis jadual seperti jadual kerja harian, jadual kerja mingguan, jadual kerja fleksibel, jadual kerja terbuka dan sebagainya yang boleh digunapakai untuk menangani masalah ketidakseimbangan jadual.
6. Rekod Lengkap Berserta Laporan
Setiap kali penjadualan kakitangan dilakukan dengan tepat, kakitangan akan berpuas hati dengan syarikat dan ini akan memberikan mereka impak positif. Dengan Sistem Kedatangan Kakitangan TimeTec TA, anda tidak perlu lagi menguruskan timbunan rekod yang terdapat di dalam pengurusan sumber manusia dan perisian ini menawarkan 26 jenis laporan yang telah diformat sempurna dan ini sangat membantu syarikat dalam mendapatkan data yang tepat dan cepat, pada bila-bila masa sahaja di mana jua.
Dapatkan akaun percuma TimeTec TA dengan 10 lesen pengguna percuma sepanjang hayat, dan alami kemudahan Sistem Kedatangan Kakitangan Awan TimeTec TA. Klik www.timetecta.com untuk maklumat lanjut. Aplikasi TimeTec TA disediakan secara percuma di platform Android dan iOS apabila anda melanggan dengan TimeTec TA. Pertanyaan lanjut, hubungi kami di 017-3601882 (Kartina/Alaric)