TimeTec has merged all of its solutions into www.timeteccloud.com, click to
SMEs Grant
Transformasi Digital anda bermula dengan PRODUTK
Soalan Lazim

Jualan
 
1. Adakah kami perlu melanggan TimeTec TA untuk sesuatu jangka waktu bagi mendapatkan 3-bulan lesen PERCUMA?
PRODUTK memberi syarikat anda akaun TimeTec TA dengan 3 bulan langganan PERCUMA apabila anda mendaftar dengan kami. Dalam tempoh 3 bulan tersebut, anda boleh mencuba semua ciri yang ditawarkan oleh TimeTec TA dan anda boleh melanggan setelah pasti produk ini sesuai dan boleh membantu syarikat anda.
 
2. Apakah pilihan tempoh langganan?
Anda boleh memilih untuk melanggan serendah 1 bulan. Tetapi, kami mencadangkan agar anda melanggan selama 12 bulan untuk memudahkan pengurusan langganan.
 
3. Adakah saya masih mendapat harga istimewa untuk PRODUTK semasa memperbaharui langganan saya untuk kitaran seterusnya?
Ya, peserta PRODUTK mendapat potongan harga istimewa seumur hidup.
 
4. Bolehkah saya hanya membeli mesin pengecaman wajah tanpa melanggan Sistem Kehadiran Pintar?
Boleh, tetapi anda tidak layak untuk memperoleh tawaran lain yang khusu untuk peserta PRODUTK.
 
5. Boleh jelaskan tempoh PRODUTK?
PRODUTK bermula dari 1 Oktober 2020 hingga 31 Mac 2021. Sebarang pendaftaran dalam tempoh kempen layak mendapat langganan TimeTec TA PERCUMA selama 3 bulan. Sekiranya anda mendaftar pada 31 Disember 2020, tarikh terakhir langganan percuma anda ialah 30 Jun 2021.
 
6. Apakah tawaran lain yang ada jika kami ingin meneruskan langganan TimeTec TA setelah tamat tempoh PRODUTK?
Anda layak untuk mendapat lain-lain diskaun untuk pembelian perkakasan dan penyelesaian lain.
 
7. Syarikat kami mempunyai beberapa cawangan di Selangor. Adakah anda mencadangkan kami mendaftar satu akaun atau kami boleh memilih untuk mendaftar untuk akaun berbeza dan masih layak menyertai PRODUTK?
Anda boleh memilih salah satu. Walau bagaimanapun, dengan pilihan pertama di mana ibu pejabat mendaftar satu akaun, dan kemudiannya membuka akaun untuk cawangan, data boleh dipusatkan. Namun, jika anda memilih untuk mendaftar secara berasingan, data akan terdapat di cawangan yang berkenaan sahaja.
 
8. Kami mempunyai 2 cawangan di luar negeri Selangor. Bolehkan saya menyertai program ini?
Tidak. PRODUTK ialah program yang dicetuskan Kerajaan Negeri Selangor untuk semua SME di Selangor. Walau bagaimanapun, jika anda berminat dengan TimeTec TA, hubungi kami di info@timeteccloud.com atau telefon ke 03-80709933, dan kami akan memberikan anda nilai tambahan.
 
9. Adakah langganan percuma ini mempunyai had dari segi kuantiti lesen?
SME ialah Perniagaan Kecil dan Sederhana yang rata-rata mempunyai kekuatan kakitangan tidak melebihi 200. Tetapi di sepanjang PRODUTK, TimeTec tidak meletakkan had kepada kuantiti lesen pengguna untuk semua peserta
 
10. Saya berminat untuk melanggan PRODUTK tetapi saya tidak pandai teknologi. Boleh bantu?
Tentu sekali. Anda boleh mengisi borang ini dan pulangkan kepada kami, dan Pasukan Teknikal kami akan membantu anda.

Jika anda tidak pasti, emel kami di support@timeteccloud.com dan kami akan membantu anda secepat mungkin.
 
11. Jika syarikat kami ini melanggan selepas tempoh PRODUTK, adakah skim Bayaran Mudah (0% Faedah) disediakan selepas langganan tahun pertama?
Ya. Hubungi kami di info@timeteccloud.com
 
12. Apakah terma dan syarat untuk Skim Bayaran Mudah?
Pelan Ansuran Mudah (T&S)
1. Pelan Bayaran Mudah 12 bulan ini boleh digunakan di TimeTec Cloud Sdn. Bhd.
2. Hanya boleh digunakan untuk kad kredit MasterCard atau Visa yang diisu oleh bank tempatan dengan bank berikut: Public Bank and RHB Bank.
3. Promosi ini tidak boleh diguna dengan lain-lain promosi atau baucar.
4. Tertakluk kepada terma dan syarat penggunaan kad kredit.
5. Butiran pelan bayaran ansuran tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal.
 
13. Adakah terdapat pilihan perkakasan? Saya rasa saya tidak memerlukan peranti biometrik dengan sensor suhu, peranti pengecam wajah biasa sudah cukup untuk syarikat saya.
Tentu sekali boleh. Selain FaceID 5 / TD dengan sensor suhu, anda juga boleh memilih model FaceID 5 tanpa sensor suhu di samping model Face ID2, FaceID 3, FaceID4 dan QF Plus. Semua model ini adalah teknologi pengecaman wajah tanpa fungsi sensor suhu. Mereka adalah pilihan yang lebih murah berbanding FaceID 5 / TD.
 
14. Adakah anda mempunyai rujukan pelanggan anda untuk sistem TimeTec TA?
Sila klik di sini bagi senarai pelanggan kami di seluruh dunia.
   
Tentang Pengunaan
 
1. Saya memiliki syarikat kecil dan saya berminat dengan produk ini. Tetapi sebilangan kakitangan kami tidak mempunyai telefon pintar dan kami tidak akan membeli perkakasan. Apa saranan pihak TimeTec?
Anda boleh menggunakan TimeTec TA dengan mudah. Membeli perkakasan merupakan pilihan. TimeTec TA mempunyai Aplikasi untuk melapor kehadiran secara default. Bagi mereka yang tidak mempunyai telefon pintar, anda boleh mengambil kehadiran mereka menggunakan web di PC atau anda boleh meminta pengurus untuk merakam kehadiran mereka menggunakan ciri Penyelia di Aplikasi.
 
2. Saya tidak mahu kakitangan saya melapor kehadiran dengan telefon pintar dari mana sahaja. Bagaimana cara saya mengawal aktiviti ini?
TimeTec TA mempunyai ciri yang dikenali sebagai Geofence di mana syarikat boleh menetapkan radius yang dibenarkan dari lokasi utama untuk melapor masa. Sebagai contoh, anda boleh menetapkan geofence pada radius 50 meter dari lokasi pejabat anda, dan kakitangan anda hanya boleh melapor masuk jika mereka berada dalam jarak kurang dari 50 meter dari pejabat.
 
3. Syarikat kami mempunyai ramai pekerja lapangan. Kami mahu mengawal kos pekerja ini. Bagaimana penyelesaian anda dapat membantu?
Terdapat dua cara TimeTec TA dapat membantu. Pertama dengan menggunakan tuntutan milage berdasarkan anggaran Peta Google yang terdapat di Aplikasi TimeTec untuk mengesan semua tuntutan yang dikemukakan oleh kakitangan lapangan anda. Kedua adalah mengesan lokasi mereka melalui TimeTec App GPS clocking yang menandakan lokasi GPS dengan koordinat pekerja lapangan tersebut.
 
4. Saya bimbang tentang penyediaan gaji pada akhir bulan. Bagaimana saya mengambil data dari sistem anda dan menghubungkannya ke sistem gaji syarikat saya?
TimeTec TA telah diintegrasi dengan 6 sistem gaji utama di Malaysia. Sekiranya sistem gaji anda tidak tersenarai, dapatkan format gaji anda untuk mengimport fail kehadiran masa dan kemudiannya anda boleh menyesuaikan format fail kehadiran untuk mengikuti format gaji dalam ciri Ekspot Kehadiran di TimeTec TA.
 
5. Kami mempunyai beberapa kedai dan kami memerlukan semua kakitangan untuk membuka kedai tepat pada waktunya untuk mengelakkan penalti oleh pihak pengurusan bangunan. Bagaimana penyelesaian anda mengatasi masalah ini?
Gunakan ciri pemantauan dalam Aplikasi untuk menguruskan kakitangan. Tetapkan ke 30 minit atau 15 minit sebelum kedai dibuka, dan jika kakitangan belum masuk kerja dalam waktu tersebut, sistem akan memberi notifikasi untuk tindakan segera anda.
 
6. Bolehkah sistem ini mengawal tuntutan Kerja Lebih Masa? Bagaimana?
TimeTec TA mempunyai ciri kelulusan kerja lebih masa. Pastikan semua kakitangan yang ingin melakukan kerja lebih masa, memohon terlebih dahulu melalui Aplikasi supaya syarikat dapat mengawal kos tersebut.
Tentang Waranti
 
1. Adakah anda memberikan jaminan terhad selama 3 tahun kepada semua perkakasan FaceID?
Tempoh jaminan terhad kami adalah 3 tahun. Oleh itu, ia terpakai untuk semua produk FaceID termasuk model FaceID 5 / TD. Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian dalam modul sensor suhu FaceID 5 / TD, di mana tempoh jaminan terhad kepada 1 tahun sahaja.
 
2. Apakah definisi Jaminan Terhad anda?
Jaminan terhad tidak terpakai dalam kes kehilangan atau kerosakan perkakasan kerana kes berikut:
1. Haus dan lusuh peralatan biasa.
2. Penggunaan dan penyelenggaraan peralatan yang tidak betul, dan kegagalan untuk mematuhi arahan operasi.
3. Bateri bocor, pasir, kotoran atau kerosakan disebabkan air
4. Lonjakan kuasa elektrik, sambungan kuasa dan / atau komunikasi yang tidak betul, bekalan kuasa tidak stabil.
5. Penggunaan alat ganti atau servis yang tidak dibenarkan selain daripada ejen kami yang sah
6. Nombor siri dan / atau pelekat jaminan diubah atau dikeluarkan.
7. Pengubahsuaian, penukaran atau pengubahan peralatan yang tidak dibenarkan.
Jaminan terhad juga tidak merangkumi kos lain yang terlibat seperti pengangkutan, kos perjalanan dan kos sokongan di tempat anda.
Sokongan
 
1. Apa jenis sokongan yang anda tawarkan untuk perisian TimeTec TA?
Pasukan sokongan kami dapat dihubungi melalui panggilan telefon, LiveChat, Skype, dan e-mel 24/7/365. Kami juga mempunyai pelbagai panduan teknikal yang berguna di dalam aplikasi dan di blog kami. Sekiranya anda memerlukan bantuan untuk menetapkan akaun, kami mempunyai kakitangan yang sedia membantu.
 
2. Apa jenis sokongan yang anda berikan untuk perkakasan?
Sokongan perkakasan merangkumi penyelesaian masalah & bantuan teknikal telefon, dan pembaikan. Perkakasan yang rosak boleh dihantar ke ibu pejabat kami atau ke ajen jualan kami. Bayaran tambahan mungkin dikenakan untuk membaiki dan menghantar semula
 
3. Bagaimana anda memberikan sokongan ke seluruh negara?
Kami boleh dihubungi dengan mudah. Anda boleh menghubungi kami melalui pelbagai saluran: panggilan telefon, LiveChat, Skype, dan e-mel. Walau bagaimanapun, jika anda ingin pihak kami mengunjungi pejabat anda, kami mempunyai ajen jualan di seluruh negara yang bersedia membantu. Harap maklum bahawa bayaran tambahan mungkin dikenakan untuk lawatan ke lokasi, pembaikan produk, dll.
 
4. Saya tidak biasa dengan TimeTec TA. Apakah kaedah terbaik untuk menguruskan akaun saya?
Wizard Pelaksanaan terdapat di perisian ntuk membantu anda. Anda hanya perlu mengikuti arahan yang diberikan dan anda akan dapat menyediakan akaun dalam masa yang singkat. Sekiranya anda tersekat, pasukan sokongan kami sentiasa bersedia untuk membantu. Tonton video ini untuk gambaran keseluruhan ringkas tentang proses pembukaan akaun dan tetapan:
 
5. Saya ingin memahami lebih lanjut mengenai TimeTec TA. Adakah terdapat latihan yang boleh saya hadiri?
Ya, kami sudi. Hantarkan maklumat anda di sini untuk maklumat lebih lanjut.
Penamatan
 
1. Adakah saya diberi pilihan pembayaran balik jika saya menamatkan langganan selepas langganan percuma selama 3 bulan?
Ya. Bayaran balik tersedia untuk langganan yang tidak digunakan, dan kami akan memberikan bayaran balik sepenuhnya tanpa memotong sebarang kos pentadbiran di bawah Program Digitalisasi Tenaga Kerja SME. Bayaran balik untuk penamatan yuran langganan yang telah dibayar kepada ajen jualan mesti dilakukan melalui mereka.
 
2. Bolehkah saya mengambil data syarikat saya ketika kami memutuskan untuk menghentikan langganan?
Ya, kami akan menghantar pautan melalui e-mel berdaftar anda untuk memuat turun data anda dalam format csv. Sebaiknya anda memuat turun data yang relevan selama tempoh rselama 45 hari. Selepas tempoh itu, kami akan menghapuskan data anda dari pelayan kami.
 
3. Bolehkah syarikat saya memperbaharui langganan saya jika ianya sudah ditamatkan?
Pembaharuan langganan anda boleh didapati dalam tempoh 45 hari selepas tempoh pemberhentian diluluskan. Selepas itu, data anda akan dikeluarkan dari pelayan kami, dan anda harus memulakan dengan langganan baru dan menjalani semua proses setup sistem sekali lagi.
Penyimpanan Data
 
1. Berapa lama TimeTec TA menyimpan data kehadiran saya?
TimeTec menyimpan data kehadiran anda selama 5 tahun; data kehadiran langsung tersedia untuk jangka masa 2 tahun, dan semua data selepas tempoh ini akan dipindahkan ke bahagian Arkib sehingga 3 tahun. Anda boleh menyambung penyimpanan data selama 1, 2 atau 3 tahun dengan caj minimum. Data arkib tersedia di Sokongan> Arkib.
 
2. Bagaimana TimeTec menghapuskan data saya yang melebihi 5 tahun?
Data akan dihapuskan setiap hari. Sebagai contoh, jika hari ini 2018-1-1, data pada 2012-12-31 akan dihapuskan, dan data dari 5 tahun yang lalu akan dibersihkan dari hari ke hari secara automatik.
 
3. Adakah saya perlu membuat sandaran data saya secara manual?
Tidak semestinya. Data kehadiran anda akan disimpan dengan selamat di pelayan kami sehingga 5 tahun, tetapi kami mengesyorkan agar anda menyimpan data arkib yang melebihi 5 tahun untuk rekod anda sendiri. Anda boleh mengeksport data kehadiran arkib dari Attendance> Export Attendance atau mencetak data arkib di Support> Arkib.
Waktu Operasi dan Keselamatan
 
1. Di mana anda hoskan pelayan awan anda?
Pengehosan pelayan awan TimeTec terletak di pelayan awan Amazon AWS di Carolina, Amerika Syarikat.
 
2. Apakah waktu operasi pelayan awan anda?
Perisian TimeTec Cloud diuruskan di Amazon EC2, yang menawarkan persekitaran yang boleh dipercayai di mana contoh penggantian dapat dijalankan dengan pantas dan dapat diramalkan. Komitmen Perjanjian Tingkat Perkhidmatan Amazon EC2 adalah ketersediaan 99.95% untuk setiap Kawasan Amazon EC2. Data disandarkan secara berkala dan mempunyai penyebaran Multi-AZ yang melindungi kemas kini pangkalan data terbaru anda daripada gangguan yang tidak dirancang. Semua infrastruktur TimeTec dipantau secara langsung, berterusan (24/7/365) oleh Amazon CloudWatch untuk mengenal pasti dan mencegah masalah yang mungkin berlaku.

Anda boleh melihat Status Sejarah dan Langsung Kesihatan Perkhidmatan TimeTec di pautan ini: https://www.timeteccloud.com/status
 
3. Sekiranya anda tidak mematuhi masa operasi pelayan, apakah pampasan anda kepada pelanggan?
Kami melindungi pelanggan kami dengan Perjanjian Tahap Perkhidmatan terperinci. Anda boleh merujuk pautan di bawah: https://www.timeteccloud.com/sla
 
4. Bolehkah anda menghuraikan keselamatan servis awan anda?
TimeTec melindungi keselamatan data melalui pelbagai cara. Dapatkan maklumat dari pautan ini: https://www.timeteccloud.com/security
www.timeteccloud.com
Langgan e-Newsletter